dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Pokok Sena, Kedah
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Taklimat Kempen Internet Selamat Di Sekolah Kebangsaan Bukit Pak Kiaw Dan Sekolah Kebangsaan Telok Jamat

2 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini

Kempen ini dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama NADI di peringkat sekolah.Melalui taklimat ini pengunjung yang terdiri daripada pelajar sekolah dapat mengetahui bahawa betapa pentingnya melindungi maklumat peribadi dan agar lebih berhati-hati semasa melayari internet. Sebelum ini ramai pelajar yang kurang pendedahan tentang keselamatan ketika menggunakan media sosial maka dengan adanya taklimat ini akan menjadi salah satu platform berkesan dalam mendidik pelajar mengenai cabaran dan risiko di alam siber serta langkah-langkah pencegahannya.

Di samping itu, kesedaran ini penting dalam membentuk budaya penggunaan teknologi maklumat yang positif dalam kalangan generasi muda. Antara aktiviti yang dilakukan di dalam bengkel pengendalian media sosial secara selamat, serta simulasi kes jenayah siber untuk memberi gambaran sebenar situasi dunia maya. Selain itu, pertandingan seperti kuiz digital, reka poster keselamatan siber, dan video pendek bertemakan “Internet Selamat” turut diadakan bagi menarik minat pelajar untuk menyertai secara aktif.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.